Pedoman

Friday, June 11, 2010

Selamat ulang tahun pertama

Setelah setahun kutinggalkan blog kesayangan ku ini. Akhirnya tinta ini kembali bersambung. Tapi dengan kesibukan yang ketara di tempat kerja tidak membenarkan aku menulis didalam ini utk berkongsi semua. Hari ini adalah sejarah yang semalam. Ingin ku tulis puisi diari kehidupan seorang isteri yang diabaikan:

Bila diri disayangi
Hidup ini memang membahagiakan
Tika akad berwali ijab bersaksi
Menjanjikan permulaan baru kehidupan
Tatkala kesilapan kecil isteri
Kau jadikan itu sebagai alasan
Kononnya teman akhirnya pengganti
Tanpa ada kesesalan
Namun bila diri ini kau abaikan
Dimana kah nilai kasih sayang yang dijanjikan
Lebih pilu bila terkenangkan
permata hati yang memerlukan belaian
ditinggalkan sendirian....
Oh Tuhan
berikan aku kesabaran
Dalam menempuh kehidupan serta cabaran.

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah.. Ramadhan muncul lagi pada tahun ini. Bersyukur kita pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur kita pada tahun ini bagi menjalani ibadah puasa seperti mana tahun tahun sebelumnya. Sayangnya pada 1st day puasa tahun lalu, aku gugur kali kedua. Genap setahun dari tarikh keramat itu... Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada teman teman kerana tidak berkesempatan menulis pada akhir2 ini. Dan di kesempatan ini aku juga memohon maaf atas sebarang kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang tempoh ini. Semoga Allah merahmati kita semua di sepanjang Ramadhan ini. Selamat menjalani ibadah puasa dan terawih walaupun sudah agak terlewat. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi

Wednesday, August 5, 2009

Ops Bersih... Ngerinya Aku..

Assalamualaikum... kepada teman2 yang disayangi. Last week on 1st August aku pi la SOGO, KL dengan semangat untuk membeli belah hadiah anniversary untuk hubby 5th August nanti. Almaklumlah dah gaji. Lagipun ada diskaun 70% John Master dekat Sogo Centrium Ground Floor. Aku sampai SOGO dari lrt lebih kurang 12.45tghari. Belek punya belek dapat la 4 helai kemeja dan 2 slacks. Nak balik Star lrt bandaraya lak tutup. Waktu tu dah dekat kol 2 petang. Rupa-rupanya ada ops bersih kat jalan. Gila ramai org.. Aku dgn cousin hubby dah ketaq dah... Nak masuk Sogo balik dah tutup pintu.. Yang lrt lak tutup untuk orang nak balik hanya buka untuk orang yang datang ja... Aku tengok gas pemedih mata dilepaskan... Paling kesian kanak2 la... Last2 ada satu uncle melayu ni cakap, lrt tutup tapi komuter jalan. Tapi kena cross jejambat ke bank negara la dimata gas pemedih mata dilepaskan. Aku dgn cousin dalam berani2 takut jalan gak la.. Kesan gas pemetih mata masih ada tapi tak seteruk yang mula lah... Pedih gak la mata, nak bernafas pun susah. Mujur ada touch n go. Tak payah beratur, elok sampai je kat tempat menunggu komuter pun sampai. Alhamdulillah selamat akhirnya. Aku naiklah putra lrt dari sentral ke taman paramount. Konon nak makan di kl trus x jadi. Ngeri punya pasal. Tapi paling sian kat budak2 arr.

Thursday, July 16, 2009

Dateline tempahan

Pihak kami akan membuat penghantaran pada 7 hari terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tekad Astana Enterprise akan menerima tempahan sebelum atau pada 9 September 2009. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan terus kepada nombor telefon di bawah:

1. Dalalina 016-5127786
2. Isnarti 017-3729989
3. Rohaya 017-4610061

Segala sokongan dari semua diucapkan ribuan terima kasih

Sagon Potong


Produk unik tradisional Jawa. Diperbuat dari tepung bermutu, kelapa parut dan ubi yang sesuai dijadikan juadah hari raya. Rasanya yang enak pasti menambat selera. Harga pasaran adalah RM13.50/pack of 50 pieces

Rempeyek Kacang.


Proses penghasilan yang unik dan bersih di rumah. Originally fresh products. Ianya diperbuat daripada kacang terpilih dan tepung bermutu tinggi. Proses pembungkusan yang kemas dan teratur serta rasanya yang tidak jemu bagi penggemar makanan ringan. Harga pasaran adalah RM 12.00/500g. Boleh ditempah mengikut kehendak pengguna.

Biskut Sarang Semut


Biskut ini kalau kita lihat secara kasar memang seperti sarang semut. Dihias indah dengan chocolate rice dan diperbuat dari marjerin dan tepung bermutu tinggi. Di hiaskan dalam paper cup cake. Penyimpanan yang mudah dan ramai kanak-kanak dan dewasa yang menggemari rasanya yang enak. Dijual dengan harga RM30=100biji.

Simpul Kasih Serunding Bilis




Ini adalah antara juadah makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Produk ini aku mula pasarkan pada Tahun Baru Cina tahun ni. Alhamdulillah, ini adalah antara produk yang paling banyak mendapat sambutan. Diperbuat dari kulit popiah bermutu dan serunding bilis dengan resipi tradisional. Penggemar makanan ringan pasti tak jemu bila disajikan di depan mata. Namun proses pembuatan yang agak rumit membuatkan produk ini dijual pada harga RM32sekg. Namun pembeli pasti berpuas hati dengan produk ini.

Tempe goreng pedas


Produk ini sesuai dijadikan juadah bersahur dan berbuka puasa. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi dan lauk pauk lain. Diperbuat daripada tempe, bilis dan kacang bermutu. Boleh disimpan lama sehingga 4 bulan. Pembuatnya memang berasal dari tanah jawa. Aku berani jamin yang sesiapa yang membeli produk ini tidak kan menyesal sebab waktu aku kat itm dungun dulu produk ni memang jadi kegemaran aku dan teman-teman lain. Harga pasaran bagi produk ini RM12.50/300g