Search Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com

About Me

My photo
I'm obsessed with staying organized and made people's life easier. I love helping people and helps small businesses and SMEs to understand more about the importance of accounting in business. Therefore, as a SQL System Consultant, let me transform the entrepreneur's business-minded about accounting. Working as a sales consultant, let me help them create an accounting code for their charts of accounts without extra charge. The valuable knowledge shared with my customer giving me lifelong satisfaction. Now, I took the next step as a full-time freelancer, Virtual Assistant, Consultant, and trainer. And the most important lesson that my dad taught me? I don't have a property to give you. But I give you an education for you to find your property. Yes, it is so true that education is so important in building your career. Feel free to reach out if you ever need emotional support or advice. You may reach me via email dinamusa.biz@gmail.com. Let us grow together!

Pedoman

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah.. Ramadhan muncul lagi pada tahun ini. Bersyukur kita pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur kita pada tahun ini bagi menjalani ibadah puasa seperti mana tahun tahun sebelumnya. Sayangnya pada 1st day puasa tahun lalu, aku gugur kali kedua. Genap setahun dari tarikh keramat itu... Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada teman teman kerana tidak berkesempatan menulis pada akhir2 ini. Dan di kesempatan ini aku juga memohon maaf atas sebarang kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang tempoh ini. Semoga Allah merahmati kita semua di sepanjang Ramadhan ini. Selamat menjalani ibadah puasa dan terawih walaupun sudah agak terlewat. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi

Wednesday, August 5, 2009

Ops Bersih... Ngerinya Aku..

Assalamualaikum... kepada teman2 yang disayangi. Last week on 1st August aku pi la SOGO, KL dengan semangat untuk membeli belah hadiah anniversary untuk hubby 5th August nanti. Almaklumlah dah gaji. Lagipun ada diskaun 70% John Master dekat Sogo Centrium Ground Floor. Aku sampai SOGO dari lrt lebih kurang 12.45tghari. Belek punya belek dapat la 4 helai kemeja dan 2 slacks. Nak balik Star lrt bandaraya lak tutup. Waktu tu dah dekat kol 2 petang. Rupa-rupanya ada ops bersih kat jalan. Gila ramai org.. Aku dgn cousin hubby dah ketaq dah... Nak masuk Sogo balik dah tutup pintu.. Yang lrt lak tutup untuk orang nak balik hanya buka untuk orang yang datang ja... Aku tengok gas pemedih mata dilepaskan... Paling kesian kanak2 la... Last2 ada satu uncle melayu ni cakap, lrt tutup tapi komuter jalan. Tapi kena cross jejambat ke bank negara la dimata gas pemedih mata dilepaskan. Aku dgn cousin dalam berani2 takut jalan gak la.. Kesan gas pemetih mata masih ada tapi tak seteruk yang mula lah... Pedih gak la mata, nak bernafas pun susah. Mujur ada touch n go. Tak payah beratur, elok sampai je kat tempat menunggu komuter pun sampai. Alhamdulillah selamat akhirnya. Aku naiklah putra lrt dari sentral ke taman paramount. Konon nak makan di kl trus x jadi. Ngeri punya pasal. Tapi paling sian kat budak2 arr.

Thursday, July 16, 2009

Dateline tempahan

Pihak kami akan membuat penghantaran pada 7 hari terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tekad Astana Enterprise akan menerima tempahan sebelum atau pada 9 September 2009. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan terus kepada nombor telefon di bawah: 1. Dalalina 011-32279559. Isnarti 017-3729989 3. Rohaya 017-4610061 Segala sokongan dari semua diucapkan ribuan terima kasih

Sagon Potong


Produk unik tradisional Jawa. Diperbuat dari tepung bermutu, kelapa parut dan ubi yang sesuai dijadikan juadah hari raya. Rasanya yang enak pasti menambat selera. Harga pasaran adalah RM13.50/pack of 50 pieces

Rempeyek Kacang.


Proses penghasilan yang unik dan bersih di rumah. Originally fresh products. Ianya diperbuat daripada kacang terpilih dan tepung bermutu tinggi. Proses pembungkusan yang kemas dan teratur serta rasanya yang tidak jemu bagi penggemar makanan ringan. Harga pasaran adalah RM 12.00/500g. Boleh ditempah mengikut kehendak pengguna.

Biskut Sarang Semut


Biskut ini kalau kita lihat secara kasar memang seperti sarang semut. Dihias indah dengan chocolate rice dan diperbuat dari marjerin dan tepung bermutu tinggi. Di hiaskan dalam paper cup cake. Penyimpanan yang mudah dan ramai kanak-kanak dan dewasa yang menggemari rasanya yang enak. Dijual dengan harga RM30=100biji.

Simpul Kasih Serunding Bilis




Ini adalah antara juadah makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Produk ini aku mula pasarkan pada Tahun Baru Cina tahun ni. Alhamdulillah, ini adalah antara produk yang paling banyak mendapat sambutan. Diperbuat dari kulit popiah bermutu dan serunding bilis dengan resipi tradisional. Penggemar makanan ringan pasti tak jemu bila disajikan di depan mata. Namun proses pembuatan yang agak rumit membuatkan produk ini dijual pada harga RM32sekg. Namun pembeli pasti berpuas hati dengan produk ini.

Tempe goreng pedas


Produk ini sesuai dijadikan juadah bersahur dan berbuka puasa. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi dan lauk pauk lain. Diperbuat daripada tempe, bilis dan kacang bermutu. Boleh disimpan lama sehingga 4 bulan. Pembuatnya memang berasal dari tanah jawa. Aku berani jamin yang sesiapa yang membeli produk ini tidak kan menyesal sebab waktu aku kat itm dungun dulu produk ni memang jadi kegemaran aku dan teman-teman lain. Harga pasaran bagi produk ini RM12.50/300g

Biskut Sakura Samprit



Sakura Samprit Diperbuat dari mentega bermutu tinggi dan dihiasi ceri merah sebagai pelengkap hiasan. Walau bagaimanapun harga yang berpatutan bagi biskut ini pasti menarik minat ramai penggemar biskut. Rasanya yang gebu dan dekorasinya pasti membuat anda tertawan. Harganya adalah tetap RM29= 100 biji. Tempahan untuk 50 biji juga diterima.

Biskut Y citarasa mewah


Assalamualaikum aku nak wat promosi gambor2 produk yang dipasarkan pada waktu raya dan puasa nanti.

Pertama skali. Biskut Y oats. Diperbuat dari bahan2 asli dan bermutu tinggi seperti oats dan minyak sapi QBB. Dek kerana bahan2 yang digunakan mahal. So, harga pasaran RM50=100 biji. Serangkap pantun buatmu teman, sekali rasa pasti tertawan... Cewah berpantun lak aku ni.








Wednesday, July 15, 2009

Keje Oh Keje.....

Assalamualaikum wbk... Kehadapan kengkawan yang disayangi. Aku bukannya menghilang tanpa khabar cuma dah keje tempat baru ni sibuk sket... Masa pun terhad sebab kena update akaun dari awal tahun. So bila ada salah group of accounts nak kena betulkan la... Penin makcik.. Tapi nak wat cemana, job specs dah macam tu kan. Aku keje kat Kelana Jaya, syarikat animasi.. Kira yang dok wat kartun tu arrr... Syok gak environment keje kat sini. Tapi kalau nak makan kat luar mahal gila... Aku prefer bawa bekal je... Bayangkan cucuq pisang RM 1 = 4 je tu pun sebiji pisang belah dua. Kalau aku menega kat cni cnfm kaya.. Mujuq kat opis ni ada microwave, fridge, heater n kalau sesak2 leh masak kat cni pun.. Cuma keje kat cni letih arr sket coz pagi kuar pas subuh ikut hubby. Sampai opis pun belum kol 7 pagi lagi... Klau petang lak aku balik naik putra lrt sampai pasar seni. Pehtu tunggu bas balik umah aku. Sampai umah pun nearly 8 malam arr. Kira cam pegi dengan bulan balik pun dgn bulan gak.... Tulah cerita aku takat ari ni.. Aku lom sempat lagi nak upload produk2 aku untuk pasaran hari raya. InsyaAllah minggu ni aku siapkan.

Friday, June 26, 2009

Banyaknya kerja.....bz sokmo....

Assalamualaikum kawan2. Jutaan ampun dan maaf dipinta kerana dah lama tak update blog ni... Sejak kebelakangan ni quite buzy sbb nak anto tax client so need to prepare all the accounts. Ada banyak gak lagi yang tak settle. Bertambah2 pening bila dapat tawaran kerja dari one of the animation company. Ish banyak lagi keje nak disiapkan... Keputusan pun tak wat lagi... Diorang ni offer since April lagi tapi aku dok drag sampai la... Last2 MD dia call sendiri with a good pay actually.. InsyaAllah kalau takda aral start keje tempat baru 5 Julai kot. One week notice to the old company... X bleh tahan dah. Orang dapat gaji awal bulan maa.. Aku dapat gaji dah masuk gaji baru... Asyik la bayar late charges loan aku tu... I hope that this post would give me a better prospect... Please pray for me..

Tuesday, June 16, 2009

Bisnes... Bisnes... Bisnes..

Assalamualaikum... Dalam kepala otak aku ari ni ada macam2 perniagaan yang aku hendak ceburi cuma masa dan modalnya terhad. Tapi aku rasa maybe aku akan join konsep pertanian moden. Tengah gather info untuk dapatkan pembiayaan dan penyediaan rancangan perniagaan. Pada firasat aku akan dapat menjalankan projek ini secara kecil2 kecilan dahulu then aku akan kembangkan mengikut fasa. Sekiranya diizinkan Allah dan aku mendapat pembiayaan maka aku akan cuba sedaya upaya aku berusaha. Bukan saja untuk meningkatkan pendapatan diriku, tapi ianya juga adalah sekiranya aku mendapat rezki yang lebih maka banyak juga lah zakat yang perlu aku keluarkan. Ini bukan saja dapat membersihkan harta2 tetapi ia juga untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Doakan aku... Amin....

Friday, June 12, 2009

E book panduan lulus kerja kerajaan.

Assalamualaikum.. Teman2 yang disayangi. Untuk pengetahuan korang aku baru je balik dari interbiu keje gomen semalam... Result tak tau lah camner. Tapi alkisahnya aku ada membeli satu ebook yang dihasilkan oleh teman affiliate aku... Memang tips2 yang diberikan amat berguna untuk persediaan menghadapi interbiu.. Beside that ia juga banyak membantu aku dari segi preparation mental dan fizikal.. Aku dah buat yang terbaik aperpun terserah pada Allah dan aku hanya bertawakal pada Allah swt.. Saya amatlah berharap kawan2 tolong doakan. Untuk maklumat lanjut kawan2 pun boleh cuba beli buku ni amat berguna terdapat dalam bentuk pakej skema soalan dan jawapan yang di tanya oleh penemuduga. Cuma klik kat adsense kat sebelah kanan korang... Selamat mencuba.. Jangan bimbang kerajaan masih mengambil sesiapa yang below 35. So boleh cuba mana tau ada rezki kan..

Tuesday, June 9, 2009

Pening-pening nak cari marketing strategy ni

Aduh... Peningnya kepala cheq dok cari marketing strategy nak market product, nak wat price list, pehtu nak setup bila last date order for biscuits, cakes n various malaysian junk food. Fuhh,, susah gak nak menega ni. Tapi takpa InsyaAllah cheq try the best.

Maaf aku menghilang tanpa berita....

Assalamualaikum.. Aku nak mintak maap bebanyak kat kawan2 yang melawat blog ni.. Bulan ni aku banyak kerja nak disiapkan sebab nak prepare sume klien punya accounts before end of this month. Pehtu nanti bos aku nak kira lak diorg punya taxable income.. Gila banyak keje... Balik rumah pun dah letih.. Pagi2 kol 4 pagi aku dah bangun siapkan bekalan untuk hubby breakfast.. Al maklum lah gaji kecik kena lah save sket kalau tak mana cukup. Apapun rasanya minggu ni aku nak pi pasar malam jalan TAR nak pi survey kain untuk wat baju raya... Kalau tak alamat takde lah orang nak amik tempahan baju aku nanti... Cerita pasal raya ni.. Korang yang mana blom abis ganti puasa tu bawak2 lah ganti puasa.. Lagipun dah tak lama dah.. Nanti dah dekat2 macam2 hal lak.. Lagipun sambil2 ganti kita bleh gak melatih diri kita bagi persediaan menghadapi Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang nanti..

Friday, June 5, 2009

Lecehnya prosedur...

Assalamualaikum.. Pagi ni aku dah awal2 lagi wat aduan kat ministry of agriculture.. Sebab? Adik aku usahawan lintah.. He'd managed to get demand of leeches(lintah) from Singapore, Thailand and Macau. He'd just call them up for consultation of advise about the procedures and sorts of things related to this exotic creatures. Hence, they throw him as a ball. MOa cakap kastam punya cite yang kastam lak suh call perikanan. Bila call perikanan tak tau pun pasal ni... Kesian adik aku...He manage to get lots of demand from oversea for the purpose of medicine and cosmetics. But cannot do anything. Aku geram so aku pilah wat aduan kat web MOA nak tengok apelak reaksi depa... Kadang2 kalau kite cakap pun salah tak cakap lagi salah. Sepatutnya mereka cuba berusaha mencari penyelesaian bagi perkara tersebut bukannya tolak ke sana ke mari cam bola... Renung2kan lah

Wednesday, June 3, 2009

New Blog of Mine

Salam sayang untuk semua... Aku dah create new blog untuk pasaran biskut raya aku tapi tak siap lagi... Coz tgh dok adjust banyak menda... Ada banyak yang aku perlu edit lagi.. At least aku dah nak wat marketing awal2 so that nanti aku tak kelam kabut dengan kerja dan sebagainya. Banyak gak yang aku nak tambah kat situ cuma blom ada kesempatan nak wat abis.. Anyway aku harap sesapa yang berminat bleh gak lawat blog tu nanti and kasi komen untuk penambahbaikan blog tu.. Sekian...

Sila Klik SINI untuk maklumat lanjut

Monday, June 1, 2009

SSM Kedah dalam Kenangan






Sesekali bila aku dok sorang2 kat opis ni terasa sangat rindu pada semangat kekeluargaan yang ada di SSM Kedah. Kerjasama yang diberikan tidak berbelah bagi terutamanya pada warga Sumber Korporat Jan '06-Jun 07. Begitu juga Seksyen Operasi Unit Syarikat dan Perniagaan dari Julai 07-Disember 07. Segala tunjuk ajaq dan jasa mereka tak ternilai harganya. Budi mereka hanya Allah yang dapat balas. Semasa sedih, gembira sakit dan demam aku tetap mendapat perhatian mereka. Aku berjanji walau di mana pun aku berada Mereka sentiasa teguh di hati.. Buat Ayah (Pakteh Rafli), Mak Nun, Kak Biah, Ayahanda Alias, Kak Salmah, K Lia, K Ku, Abg An(berpindah ke SSM Perak), Miza (telah berpindah ke SSM Kelantan), K Salmah, K Siti, K Inshah, Auntie Khong, Encik Manan, En Shaari, Chief Yussof Osman.. Nama -nama ini banyak memberi sokongan moral padaku pada bila2 masa yang aku perlukan... Tapi mereka tetap hebat di mataku walaupun hanya teman2ku sewaktu dalam perkhidmatan di SSM dulu. Tiada budi yang dapat aku balas melainkan mendoakan mereka sentiasa sihat dan diberkati Allah hendakNya. Ku titipkan gambar2 ini untuk tatapan mereka.. Blog ini tiada harganya tanpa mereka.. Kenangan sewaktu KBPP Sg Petani setiap minggu pasti menyeronokkan bagi group Chief... Heheheh.. Semoga blog ini jadi penghubung antara kita semua.... Salam Sayang dari Cik Dinna

Jalinkan Silaturrahim Sesama Manusia.

Buat Semua teman/sahabat/kaum keluarga yang telahpun melawat blog aku. Alhamdulillah dengan adanya blog ni bukan saja dapat mengikat semula perhubungan yang telah terjalin bahkan secara tak langsung menjadi salah satu agen pemasaran bagi yang menjalankan perniagaan. Semoga bertambah lagi rezeki kita, kita juga akan jadi faktor penyumbang zakat bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan pulak. Ini adalah salah satu tanggungjawab kita dan antara Rukun Islam. Kepada sesiapa kengkawan lain yang turut sama menjalankan perniagaan boleh contact aku kalau nak mintak tolong promote sket2 aku bleh ar gagah... Kalau banyak.. kantoi arr... Kalau suh aku bercakap mmg aku pandai tapi bab2 marketing ni aku hampeh sket. Hyperlink antara blog.. InsyaAllah aku bleh tlg.. Tapi kalau ada mana2 pihak yang berminat nak create laman web company ka boleh gak dapatkan khidmat tersebut melalui adik ipaq aku... Caj aku tak berapa pasti tapi InsyaAllah masih lagi berpatutan and negotiable. Tapi biasanya dia amik 50% deposit and after finish 50% lagi should be settle down. Dia ni pun pandai bab computer maintenance, upgrading n etc.. Kalau berminat boleh email dia kat address shphang@gmail.com Kalau dia tanya mana tau.. korang gtau ar.. kakak ipaq dia yang promote. Yang len2 korang negotiate sendiri dengan dia..

Indahnya pagi ini..

Aku mulakan pagi aku ari ni dengan doa pagi dendangan Hijjaz. Tenangnya ati aku... Tapi alkisahnya dalam masa yang sama aku turut sedih sebab kawan aku Husz khabarnya telah dipatuk ular. Apapun aku doakan dia cepat sembuh. Arini banyak benda yang aku perlu siapkan. Dari kerja aku sampailah untuk permohonan jawatan kwsp. Sijil2 yang perlu aku siapkan untuk dihantar pada adik sepupuku kerana certified sijil aku sume dah abis.. So aku kena mintak tolong dia arr. Mujur ada adik aku yang baik ni.. Tapi this week aku quite happy coz my mum in law just came back from Hong Kong. Tak la sunyi sangat aku kat rumah. Tapi apa yang membuatkan aku terharu adalah tanda ingatan dia pada aku. Dia belikan aku sweater, bracelet and minyak angin hong kong made coz aku slalu je sakit2 kaki pas gugur 2 kali ni. Untuk hubby dia belikan t shirts. Cantik dan betul2 padan dengan hubby aku. Hubby pun x sabo2 nak pakai baju tu sampai tak sempat nak basuh. Kira ada lah bau kedai lagi... Alhamdulillah walaupun aku kawen muallaf tapi family hubby treat aku macam keluarga sendiri. Aku berdoa moga2 hubungan kami akan sentiasa macam ni sampai bila2.

Friday, May 29, 2009

Mari...Mari Lawat blog besfren aku Eis@Sunar..

Pagi yang berapa pagi.. Dah masuk tengahari ni.. Aku nak ajak semua melawat blog kawan aku ni.. Dia ni usahawan gak la.. Lagi advance dari aku.. La ni dia banyak terima tempahan untuk penyediaan cup cake bagi hari Istimewa lah... Beside that, dia ada gak wat kek and decoration skali.. Harga don't worry berpatutan punya. Perut pun dah keroncong maklum arr.. lunch time dah dekat ape kata kite pi melawat blog dia. Jom. Sila klik pada link dibawah ini. Biar terliur korang.. Heheheh
Klik sini untuk pautan

Dia ni pun rajin gak ada gak wat hantaran utk orang kawen. Sapa2 yang rasa nak kawen ka... kawen lagi ka bleh arrr jenguk2 blog dia ni. Opsss.. sorry no... Cheq melawak ja..Bleh la dikatakan dia ni kreatif, inovatif dan apa2 lagi tif ar...
Klik sini untuk pautan

Kalau ada yang teringin nak makan jajan wat makan depan tv leh gak tempah kat dia ni... kira usahawan gak arrr...Tapi kalau tang tempe grg dia takdak sapa leh celen wo... Dulu waktu kami dok UITM sama2 dia slalu bawak.. Tapi time tu leh ar makan free... La ni kena bli ar..Alamak lapaq lak aku... Tadi tak pi lunch... Tapi len2 pun ada gak serai arr, kantan ar,... pendek kata macam2 ada...
Klik sini untuk pautan

Bisnes Keluarga Aku

Laman web usahawan lintah
Ni web adik aku dia wat bisnes lintah di taiping.. Aku tak biasa sangat pasai benda ni tapi dia tau banyak arr.. Aku cuma tolong add kat web aku kot sapa berminat nak wat business lintah leh contact adik aku kat web tu. Dia gak ada sifu yang ajaq dia sampai pandai di Bukit Merah. Adalah gak masuk dalam Malaysia Hari Ini dan Majalah 3. Dulu mak aku pun meniaga gak. Tapi la ni dah tak wat dah. Kalau dulu orang tanya Roy Tomyam & Seafood Kamunting sume orang tau. Tapi adatlah meniaga ni ada macam-macam dugaan kan. Bila sume anak-anak dah keje, kitorang dah tak bagi mak meniaga lagi.. Tu lah bak kata orang ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasik kan. La ni adik aku yang kecik lak dok wat bisnes keli. Ada 2 kolam kat rumah mak aku di kamunting. Dan dalam proses nak tambah lagi satu kolam. Sekarang tak besar lagi keli baru sepanjang 5 inci je. Sket ari lagi leh arr jual. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan maklumat atau bekalan leh arr contact adik aku yang wat bisnes lintah tu. Keli-keli tu tak makan pallet tapi makan makanan organik so tak berbau... Cubalah dapatkan maklumat dan info terkini dari ADIWANI ENTERPRISE. Kalau nak tgk video Usahawan lintah ada kat link ini. KLIK di sini. Jangan lupa klik kat bawah skali part 3 ok? Ada lah gambar adik aku di akhir2 video tu

Bisnes Bulan Puasa

Kepada Kengkawan atau sesiapa yang berminat. Aku bersama mak aku akan terima tempahan kuih raya di sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak nanti. Mungkin di penghujung Jun aku akan edarkan sample kuih rasa for testing. Free of charge. Sample tak payah bayaq sekupang pun. Tapi bila dah start wat order kena bayar ar.. Kalau tak, aku takleh cari makan ar... Nanti aku masukkan gambar dan sample kuih dalam blog ni nanti. Antara yang aku mungkin akan jual 2-3 jenis kuih raya dan simpul kasih yang dijual dalam kuantiti 1/2 kg atau satu kg setiap pack. Harga belum ditentukan lagi sebab kena ikut harga pasaran tapi masih lagi berpatutan. Sapa2 yang nak order jenis muruku cam star muruku ka pakoda ka, pun ada. Ni pun di siapkan dalam bentuk 1/2kg dan satu kg gak. Bisnes ni lak bawah pengawasan aku dan hubby. TEKAD ASTANA ENTERPRISE. Mintak2 lah dapat sambutan. Saja ja try nak jadi usahawan lak. Tapi kalau ada orang yang berhajat nak tempah kek buah pun leh.

Thursday, May 28, 2009

Love Story Lyrics... Nice beb...

Ntah dah berapa kali arini aku dengaq lagu Love Story- Taylor Alison Swift ni. xtau ar pasai pa aku suka sangat lagu ni... Dok melalak sensorang kat opis ni..Nasib orang tak dengaq kalau x macam2 ada... piching lari arr.. Maybe sbb country music kot... So aku nak kongsi dengan kawan lirik dia. Walaupun dah kira aku ni terlambat sket ka banyak ka.. Kira Halal lah eh... Kui Kui Kui

Love Story lyrics
Songwriters: Swift, Taylor Alison;

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyesEscape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes

Oh got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you

28th May 2009..Wah... Terujanya nak wat blog sendiri..

Assalamualaikum... Buat semua teman-teman tersayang dan keluarga. Kekadang bila di ingat kisah suka duka dari zaman anak kecil sehingga sekarang boleh buat kita senyum dan menangis sendiri.. Tapi Alhamdulillah dengan kudrat dan kekuatan yang diberikan Allah swt, kita masih lagi hidup sehingga ke detik dan saat ini. Setiap satu memori berada di lipatan kotak fikiran kita terpahat bagaikan satu rakaman video sehingga hujung nyawa kita. Aku juga tidak lepas dari pelbagai lipatan memori suka, duka, ketawa dan airmata. Tapi bak kata arwah abahku yang sentiasa berpesan padaku. ' Abah tak dak harta nak bagi pada anak-anak abah tapi abah lengkapkan anak-anak abah dengan ilmu supaya dia dapat pikiaq baik buruk sesuatu perkara. Abah juga tak harap duit dan harta anak-anak tapi Abah hanya harap Abah akan sama-sama mak sampai akhir hidup Abah. Dan Abah jugak jadi ingatan pada orang sebab kebaikan bukannya sebaliknya.