Pedoman

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah.. Ramadhan muncul lagi pada tahun ini. Bersyukur kita pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur kita pada tahun ini bagi menjalani ibadah puasa seperti mana tahun tahun sebelumnya. Sayangnya pada 1st day puasa tahun lalu, aku gugur kali kedua. Genap setahun dari tarikh keramat itu... Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada teman teman kerana tidak berkesempatan menulis pada akhir2 ini. Dan di kesempatan ini aku juga memohon maaf atas sebarang kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang tempoh ini. Semoga Allah merahmati kita semua di sepanjang Ramadhan ini. Selamat menjalani ibadah puasa dan terawih walaupun sudah agak terlewat. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi

Wednesday, August 5, 2009

Ops Bersih... Ngerinya Aku..

Assalamualaikum... kepada teman2 yang disayangi. Last week on 1st August aku pi la SOGO, KL dengan semangat untuk membeli belah hadiah anniversary untuk hubby 5th August nanti. Almaklumlah dah gaji. Lagipun ada diskaun 70% John Master dekat Sogo Centrium Ground Floor. Aku sampai SOGO dari lrt lebih kurang 12.45tghari. Belek punya belek dapat la 4 helai kemeja dan 2 slacks. Nak balik Star lrt bandaraya lak tutup. Waktu tu dah dekat kol 2 petang. Rupa-rupanya ada ops bersih kat jalan. Gila ramai org.. Aku dgn cousin hubby dah ketaq dah... Nak masuk Sogo balik dah tutup pintu.. Yang lrt lak tutup untuk orang nak balik hanya buka untuk orang yang datang ja... Aku tengok gas pemedih mata dilepaskan... Paling kesian kanak2 la... Last2 ada satu uncle melayu ni cakap, lrt tutup tapi komuter jalan. Tapi kena cross jejambat ke bank negara la dimata gas pemedih mata dilepaskan. Aku dgn cousin dalam berani2 takut jalan gak la.. Kesan gas pemetih mata masih ada tapi tak seteruk yang mula lah... Pedih gak la mata, nak bernafas pun susah. Mujur ada touch n go. Tak payah beratur, elok sampai je kat tempat menunggu komuter pun sampai. Alhamdulillah selamat akhirnya. Aku naiklah putra lrt dari sentral ke taman paramount. Konon nak makan di kl trus x jadi. Ngeri punya pasal. Tapi paling sian kat budak2 arr.