Search Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com

About Me

My photo
I'm obsessed with staying organized and made people's life easier. I love helping people and helps small businesses and SMEs to understand more about the importance of accounting in business. Therefore, as a SQL System Consultant, let me transform the entrepreneur's business-minded about accounting. Working as a sales consultant, let me help them create an accounting code for their charts of accounts without extra charge. The valuable knowledge shared with my customer giving me lifelong satisfaction. Now, I took the next step as a full-time freelancer, Virtual Assistant, Consultant, and trainer. And the most important lesson that my dad taught me? I don't have a property to give you. But I give you an education for you to find your property. Yes, it is so true that education is so important in building your career. Feel free to reach out if you ever need emotional support or advice. You may reach me via email dinamusa.biz@gmail.com. Let us grow together!

Pedoman

Monday, February 1, 2021

 Setelah lama tak bersiaran, kita kembali ke dunia penulisan. Makan gaji adalah satu pilihan manakala bekerja sendiri kita lebih menghargai apa yang kita miliki. Dengan adanya teknologi digital masa kini menjadikan dunia bebas tanpa sempadan. Kata orang pandermik yang melanda negara kita telah menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Namun dengan dunia digital sedia membolehkan sesetengah daripada kita yang mampu menjana pendapatan yang lebih. Freelancer adalah salah satu cara bagi menjana pendapatan. Seorang freelancer yang diupah oleh klien internasional bakal menerima bayaran dalam bentuk matawang asing seperti USD, NZD, SGD dan sebagainya. Namun kehidupan seorang freelancer bukannya mudah seperti yang disangkakan. Di saat manusia sedang tidur, dia bergelut menyiapkan tugas pelanggan. Kerja-kerja yang dibid tidak semestinya menjadi punca pendapatan. Melainkan kita punya proposal yang mantap. Alhamdulillah setelah mengikuti kursus 3 hari bersama Ming Halil (Sifu). Dia kini mampu meraih jutaan ringgit dalam bidang freelancing. Aku pula sudah mulai mendapat tempat di bidang ini. Terima kasih Ya Allah. Dunia ini luas dan jujur itu mahal... 

Freelancer sebagai sumber rezeki dalam kehidupan


 

Friday, June 11, 2010

Selamat ulang tahun pertama

Setelah setahun kutinggalkan blog kesayangan ku ini. Akhirnya tinta ini kembali bersambung. Tapi dengan kesibukan yang ketara di tempat kerja tidak membenarkan aku menulis didalam ini utk berkongsi semua. Hari ini adalah sejarah yang semalam. Ingin ku tulis puisi diari kehidupan seorang isteri yang diabaikan:

Bila diri disayangi
Hidup ini memang membahagiakan
Tika akad berwali ijab bersaksi
Menjanjikan permulaan baru kehidupan
Tatkala kesilapan kecil isteri
Kau jadikan itu sebagai alasan
Kononnya teman akhirnya pengganti
Tanpa ada kesesalan
Namun bila diri ini kau abaikan
Dimana kah nilai kasih sayang yang dijanjikan
Lebih pilu bila terkenangkan
permata hati yang memerlukan belaian
ditinggalkan sendirian....
Oh Tuhan
berikan aku kesabaran
Dalam menempuh kehidupan serta cabaran.

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah.. Ramadhan muncul lagi pada tahun ini. Bersyukur kita pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur kita pada tahun ini bagi menjalani ibadah puasa seperti mana tahun tahun sebelumnya. Sayangnya pada 1st day puasa tahun lalu, aku gugur kali kedua. Genap setahun dari tarikh keramat itu... Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada teman teman kerana tidak berkesempatan menulis pada akhir2 ini. Dan di kesempatan ini aku juga memohon maaf atas sebarang kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang tempoh ini. Semoga Allah merahmati kita semua di sepanjang Ramadhan ini. Selamat menjalani ibadah puasa dan terawih walaupun sudah agak terlewat. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi

Wednesday, August 5, 2009

Ops Bersih... Ngerinya Aku..

Assalamualaikum... kepada teman2 yang disayangi. Last week on 1st August aku pi la SOGO, KL dengan semangat untuk membeli belah hadiah anniversary untuk hubby 5th August nanti. Almaklumlah dah gaji. Lagipun ada diskaun 70% John Master dekat Sogo Centrium Ground Floor. Aku sampai SOGO dari lrt lebih kurang 12.45tghari. Belek punya belek dapat la 4 helai kemeja dan 2 slacks. Nak balik Star lrt bandaraya lak tutup. Waktu tu dah dekat kol 2 petang. Rupa-rupanya ada ops bersih kat jalan. Gila ramai org.. Aku dgn cousin hubby dah ketaq dah... Nak masuk Sogo balik dah tutup pintu.. Yang lrt lak tutup untuk orang nak balik hanya buka untuk orang yang datang ja... Aku tengok gas pemedih mata dilepaskan... Paling kesian kanak2 la... Last2 ada satu uncle melayu ni cakap, lrt tutup tapi komuter jalan. Tapi kena cross jejambat ke bank negara la dimata gas pemedih mata dilepaskan. Aku dgn cousin dalam berani2 takut jalan gak la.. Kesan gas pemetih mata masih ada tapi tak seteruk yang mula lah... Pedih gak la mata, nak bernafas pun susah. Mujur ada touch n go. Tak payah beratur, elok sampai je kat tempat menunggu komuter pun sampai. Alhamdulillah selamat akhirnya. Aku naiklah putra lrt dari sentral ke taman paramount. Konon nak makan di kl trus x jadi. Ngeri punya pasal. Tapi paling sian kat budak2 arr.

Thursday, July 16, 2009

Dateline tempahan

Pihak kami akan membuat penghantaran pada 7 hari terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tekad Astana Enterprise akan menerima tempahan sebelum atau pada 9 September 2009. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan terus kepada nombor telefon di bawah: 1. Dalalina 011-32279559. Isnarti 017-3729989 3. Rohaya 017-4610061 Segala sokongan dari semua diucapkan ribuan terima kasih

Sagon Potong


Produk unik tradisional Jawa. Diperbuat dari tepung bermutu, kelapa parut dan ubi yang sesuai dijadikan juadah hari raya. Rasanya yang enak pasti menambat selera. Harga pasaran adalah RM13.50/pack of 50 pieces

Rempeyek Kacang.


Proses penghasilan yang unik dan bersih di rumah. Originally fresh products. Ianya diperbuat daripada kacang terpilih dan tepung bermutu tinggi. Proses pembungkusan yang kemas dan teratur serta rasanya yang tidak jemu bagi penggemar makanan ringan. Harga pasaran adalah RM 12.00/500g. Boleh ditempah mengikut kehendak pengguna.

Biskut Sarang Semut


Biskut ini kalau kita lihat secara kasar memang seperti sarang semut. Dihias indah dengan chocolate rice dan diperbuat dari marjerin dan tepung bermutu tinggi. Di hiaskan dalam paper cup cake. Penyimpanan yang mudah dan ramai kanak-kanak dan dewasa yang menggemari rasanya yang enak. Dijual dengan harga RM30=100biji.

Simpul Kasih Serunding Bilis




Ini adalah antara juadah makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Produk ini aku mula pasarkan pada Tahun Baru Cina tahun ni. Alhamdulillah, ini adalah antara produk yang paling banyak mendapat sambutan. Diperbuat dari kulit popiah bermutu dan serunding bilis dengan resipi tradisional. Penggemar makanan ringan pasti tak jemu bila disajikan di depan mata. Namun proses pembuatan yang agak rumit membuatkan produk ini dijual pada harga RM32sekg. Namun pembeli pasti berpuas hati dengan produk ini.

Tempe goreng pedas


Produk ini sesuai dijadikan juadah bersahur dan berbuka puasa. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi dan lauk pauk lain. Diperbuat daripada tempe, bilis dan kacang bermutu. Boleh disimpan lama sehingga 4 bulan. Pembuatnya memang berasal dari tanah jawa. Aku berani jamin yang sesiapa yang membeli produk ini tidak kan menyesal sebab waktu aku kat itm dungun dulu produk ni memang jadi kegemaran aku dan teman-teman lain. Harga pasaran bagi produk ini RM12.50/300g

Biskut Sakura Samprit



Sakura Samprit Diperbuat dari mentega bermutu tinggi dan dihiasi ceri merah sebagai pelengkap hiasan. Walau bagaimanapun harga yang berpatutan bagi biskut ini pasti menarik minat ramai penggemar biskut. Rasanya yang gebu dan dekorasinya pasti membuat anda tertawan. Harganya adalah tetap RM29= 100 biji. Tempahan untuk 50 biji juga diterima.

Biskut Y citarasa mewah


Assalamualaikum aku nak wat promosi gambor2 produk yang dipasarkan pada waktu raya dan puasa nanti.

Pertama skali. Biskut Y oats. Diperbuat dari bahan2 asli dan bermutu tinggi seperti oats dan minyak sapi QBB. Dek kerana bahan2 yang digunakan mahal. So, harga pasaran RM50=100 biji. Serangkap pantun buatmu teman, sekali rasa pasti tertawan... Cewah berpantun lak aku ni.








Wednesday, July 15, 2009

Keje Oh Keje.....

Assalamualaikum wbk... Kehadapan kengkawan yang disayangi. Aku bukannya menghilang tanpa khabar cuma dah keje tempat baru ni sibuk sket... Masa pun terhad sebab kena update akaun dari awal tahun. So bila ada salah group of accounts nak kena betulkan la... Penin makcik.. Tapi nak wat cemana, job specs dah macam tu kan. Aku keje kat Kelana Jaya, syarikat animasi.. Kira yang dok wat kartun tu arrr... Syok gak environment keje kat sini. Tapi kalau nak makan kat luar mahal gila... Aku prefer bawa bekal je... Bayangkan cucuq pisang RM 1 = 4 je tu pun sebiji pisang belah dua. Kalau aku menega kat cni cnfm kaya.. Mujuq kat opis ni ada microwave, fridge, heater n kalau sesak2 leh masak kat cni pun.. Cuma keje kat cni letih arr sket coz pagi kuar pas subuh ikut hubby. Sampai opis pun belum kol 7 pagi lagi... Klau petang lak aku balik naik putra lrt sampai pasar seni. Pehtu tunggu bas balik umah aku. Sampai umah pun nearly 8 malam arr. Kira cam pegi dengan bulan balik pun dgn bulan gak.... Tulah cerita aku takat ari ni.. Aku lom sempat lagi nak upload produk2 aku untuk pasaran hari raya. InsyaAllah minggu ni aku siapkan.

Friday, June 26, 2009

Banyaknya kerja.....bz sokmo....

Assalamualaikum kawan2. Jutaan ampun dan maaf dipinta kerana dah lama tak update blog ni... Sejak kebelakangan ni quite buzy sbb nak anto tax client so need to prepare all the accounts. Ada banyak gak lagi yang tak settle. Bertambah2 pening bila dapat tawaran kerja dari one of the animation company. Ish banyak lagi keje nak disiapkan... Keputusan pun tak wat lagi... Diorang ni offer since April lagi tapi aku dok drag sampai la... Last2 MD dia call sendiri with a good pay actually.. InsyaAllah kalau takda aral start keje tempat baru 5 Julai kot. One week notice to the old company... X bleh tahan dah. Orang dapat gaji awal bulan maa.. Aku dapat gaji dah masuk gaji baru... Asyik la bayar late charges loan aku tu... I hope that this post would give me a better prospect... Please pray for me..

Tuesday, June 16, 2009

Bisnes... Bisnes... Bisnes..

Assalamualaikum... Dalam kepala otak aku ari ni ada macam2 perniagaan yang aku hendak ceburi cuma masa dan modalnya terhad. Tapi aku rasa maybe aku akan join konsep pertanian moden. Tengah gather info untuk dapatkan pembiayaan dan penyediaan rancangan perniagaan. Pada firasat aku akan dapat menjalankan projek ini secara kecil2 kecilan dahulu then aku akan kembangkan mengikut fasa. Sekiranya diizinkan Allah dan aku mendapat pembiayaan maka aku akan cuba sedaya upaya aku berusaha. Bukan saja untuk meningkatkan pendapatan diriku, tapi ianya juga adalah sekiranya aku mendapat rezki yang lebih maka banyak juga lah zakat yang perlu aku keluarkan. Ini bukan saja dapat membersihkan harta2 tetapi ia juga untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Doakan aku... Amin....

Friday, June 12, 2009

E book panduan lulus kerja kerajaan.

Assalamualaikum.. Teman2 yang disayangi. Untuk pengetahuan korang aku baru je balik dari interbiu keje gomen semalam... Result tak tau lah camner. Tapi alkisahnya aku ada membeli satu ebook yang dihasilkan oleh teman affiliate aku... Memang tips2 yang diberikan amat berguna untuk persediaan menghadapi interbiu.. Beside that ia juga banyak membantu aku dari segi preparation mental dan fizikal.. Aku dah buat yang terbaik aperpun terserah pada Allah dan aku hanya bertawakal pada Allah swt.. Saya amatlah berharap kawan2 tolong doakan. Untuk maklumat lanjut kawan2 pun boleh cuba beli buku ni amat berguna terdapat dalam bentuk pakej skema soalan dan jawapan yang di tanya oleh penemuduga. Cuma klik kat adsense kat sebelah kanan korang... Selamat mencuba.. Jangan bimbang kerajaan masih mengambil sesiapa yang below 35. So boleh cuba mana tau ada rezki kan..

Tuesday, June 9, 2009

Pening-pening nak cari marketing strategy ni

Aduh... Peningnya kepala cheq dok cari marketing strategy nak market product, nak wat price list, pehtu nak setup bila last date order for biscuits, cakes n various malaysian junk food. Fuhh,, susah gak nak menega ni. Tapi takpa InsyaAllah cheq try the best.

Maaf aku menghilang tanpa berita....

Assalamualaikum.. Aku nak mintak maap bebanyak kat kawan2 yang melawat blog ni.. Bulan ni aku banyak kerja nak disiapkan sebab nak prepare sume klien punya accounts before end of this month. Pehtu nanti bos aku nak kira lak diorg punya taxable income.. Gila banyak keje... Balik rumah pun dah letih.. Pagi2 kol 4 pagi aku dah bangun siapkan bekalan untuk hubby breakfast.. Al maklum lah gaji kecik kena lah save sket kalau tak mana cukup. Apapun rasanya minggu ni aku nak pi pasar malam jalan TAR nak pi survey kain untuk wat baju raya... Kalau tak alamat takde lah orang nak amik tempahan baju aku nanti... Cerita pasal raya ni.. Korang yang mana blom abis ganti puasa tu bawak2 lah ganti puasa.. Lagipun dah tak lama dah.. Nanti dah dekat2 macam2 hal lak.. Lagipun sambil2 ganti kita bleh gak melatih diri kita bagi persediaan menghadapi Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang nanti..

Friday, June 5, 2009

Lecehnya prosedur...

Assalamualaikum.. Pagi ni aku dah awal2 lagi wat aduan kat ministry of agriculture.. Sebab? Adik aku usahawan lintah.. He'd managed to get demand of leeches(lintah) from Singapore, Thailand and Macau. He'd just call them up for consultation of advise about the procedures and sorts of things related to this exotic creatures. Hence, they throw him as a ball. MOa cakap kastam punya cite yang kastam lak suh call perikanan. Bila call perikanan tak tau pun pasal ni... Kesian adik aku...He manage to get lots of demand from oversea for the purpose of medicine and cosmetics. But cannot do anything. Aku geram so aku pilah wat aduan kat web MOA nak tengok apelak reaksi depa... Kadang2 kalau kite cakap pun salah tak cakap lagi salah. Sepatutnya mereka cuba berusaha mencari penyelesaian bagi perkara tersebut bukannya tolak ke sana ke mari cam bola... Renung2kan lah